Saturday 26 March 2011

ADAT PERSANDINGAN


Setiap pasangan pengantin pasti akan mengimpikan untuk bersanding di atas kerusi yang dihias khas untuk “RAJA SEHARI”. Bagi mereka ia adalah perkara ‘WAJIB’  bagai setiap pasangan ketika berkahwin.







Pernahkah kita terfikir apakah persandingan itu dibenarkan atau tidak dalam Islam?

Merujuk kepada Ustaz Syed Salim bin Syed hussin dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (USIM), beliau berkata demi meraikan adat, Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan beberapa syarat iaitu hendaklah disandingkan secara tertutup di hadapan muhrim atau keluarga terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja. Walau bagaimanapun, jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan atau untuk mengisytiharkan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin atau para jemputan mestilah menutup aurat serta tidak berhias dengan keterlaluan kecuali perhiasan yang biasa dilihat.


HUKUM BERINAI


Berinai adalah salah satu amalan semasa perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra :
”Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan (an-Nasa’iy 5092).
Merujuk kepada Haji Mohd Yusof Abdul Ghani, Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Pahang berkata:”memakai inai tidak salah selagi ianya tidak dipakai untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah “. Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:
 “Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi saw melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

HANTARAN KAHWIN





Pada hari perkahwinan, pihak pengantin lelaki dan rombongannya akan berarak menuju ke rumah pengantin perempuan sambil mengalunkan selawat. Pihak lelaki serta rombongannya akan membawa hantaran untuk diberikan kepada pihak pengantin perempuan dan saling berbalas hantaran di antara kedua- dua belah pihak.


Antara hantaran yang diberikan seperti kek perkahwinan, set persiapan lengkap solat, aksesori, senaskah Al- Quran, pulut, pakaian dan banyak lagi. Kebiasaannya, hantaran di pihak pengantin perempuan melebihi satu atau dua hantaran dari pihak pengantin lelaki. Contohnya, dari pihak lelaki 8 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran dari pihak perempuan.    

HANTARAN DARI PIHAK LELAKI

HANTARAN DARI PIHAK PEREMPUAN


   

MAHAR (MAS KAHWIN)

    Menurut istilah syara’ mahar adalah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
            Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman
Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “.
Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :
" اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة "

Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).

Friday 25 March 2011

AKAD NIKAH


Dalam tempoh bertunang, setiap pasangan akan berusaha untuk menjaga hubungan mereka dengan bakal mentua, menjaga adab dan berbuat baik kepada bakal mentua. Ikatan pertunangan merupakan ikatan tali persaudaraan dan kekeluargaan di antara keluarga mentua dan menantu di kedua- dua pihak. Sepanjang dalam pertunangan, pasangan akan membuat persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Apabila tiba hari yang dinanti- nantikan, pihak lelaki akan bersiap sedia untuk melafazkan akad nikah sebelum berarak membawa rombongan pada keesokkan harinya. Kebiasaannya, pihak lelaki akan melafazkan akad nikah di hadapan Tok Kadi ataupun bapa pengantin perempuan pada malam hari sebelum hari pernikahan. Setelah lafaz diucapkan dan disahkan oleh Tok Kadi serta 2 orang saksi, pengantin perempuan secara sah menjadi isterinya. Setelah itu, pasangan pengantin akan bertukar cincin antara satu sama lain.


Thursday 17 March 2011

ADAT MEMINANG DAN BERTUNANG

Sahabat- sahabat semua tahukah hukum peminangan dalam islam iaitu …..HARUS…….dan perempuan yang ingin dipinang bukan isteri orang, bukan tunang orang dan bukan muhrim sendiri.
Melihat bakal suami dan bakal isteri juga adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)


Di dalam islam, adat bertunang dipanggil khitbah dan amalan ini tidak sama sekali bertentangan dengan ajaran islam.



Adat Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan dan merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.  Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu, rasmilah sudah pertunangan tersebut.
 Menurut ustazah Marina Munira binti Abdul Muttalib dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amalan bertunang sama sekali tidak bertentangan dengan syariat islam tetapi apa yang berlaku sekarang ialah ada segelintir masyarakat yang bakal pengantin lelaki itu sendiri yang menyarungkan cincin kepada pasangannya. Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran islam kerana mereka berdua lagi bukan muhrim.