Adat-adat perkahwinan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah :
1) Merisik
2) Meminang
3) Bertunang
4) Majlis akad nikah
5) Bersanding
6) Walimatul urus iaitu majlis perkahwinan.
Secara dasarnya perkahwinan orang Melayu ini selari dengan tuntutan Islam walau bagaimanapun, ada sebahagian upacara yang diadakan di dalam adat perkahwinan itu yang bercanggah dengan ajaran islam.
Adat merisik biasanya dilakukan dalam masyarakat tertutup,yang hubungannya antara seorang lelaki dengan perempuan tidak dapat dilakukan. Oleh sebab itulah amalan merisik belum dikatakan tidak dilakukan pada masa sekarang. Adat merisik sekarang mungkin dilakukan apabila seorang lelaki menyerahkan urusan memilih jodoh kepada kepada orang tuanya,iaitu ibu dan aataupun saudara-mara. Cuma merisik sekarang ini tentunya berbeza dengan cara merisik pada zaman dahulu.
Tujuan merisik ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang diri perempuan yang hendak dikahwini itu. Ia juga bertujuan untuk mengetahui sama ada perempuan itu telah berpunya atau sebaliknya, berakhlak mulia, bertingkahlaku baik,mempunyai kesopanan dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment