Setiap pasangan pengantin pasti akan mengimpikan untuk bersanding di atas kerusi yang dihias khas untuk “RAJA SEHARI”. Bagi mereka ia adalah perkara ‘WAJIB’ bagai setiap pasangan ketika berkahwin.
Pernahkah kita terfikir apakah persandingan itu dibenarkan atau tidak dalam Islam?
Merujuk kepada Ustaz Syed Salim bin Syed hussin dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (USIM), beliau berkata demi meraikan adat, Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan beberapa syarat iaitu hendaklah disandingkan secara tertutup di hadapan muhrim atau keluarga terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja. Walau bagaimanapun, jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan atau untuk mengisytiharkan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin atau para jemputan mestilah menutup aurat serta tidak berhias dengan keterlaluan kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
No comments:
Post a Comment